my husband

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 8 October 2013

Hangan-hangan katanya.

Topic for today will be my dream.. Anyways, aku mmg seseorg yang teramat la suka berangan. Bukan angan- angan kosong okeyh! actually... aku ada dengar dari syira.. yang kte kne listkan something yang kte nak wat . then cmpak je list tu kat mane2. Then, One day.. kte ngok balik list tu. mana yang kita da capai kte tick. Rasa nak buat la. nak tengok sejauh mana apa yang aku nak wat tu tercapai kan. Tapi bila pk balik wah... mcm byk pulak list aku nak buat ni.. hahaha..

Whatever pon, ada yang dah jadi kenyataan.

List of aku punya hangan-hangan @ impian la senang citer:

1. Beli something yang boleh jadi asset ntok aku dimasa akan datang.

Aku nak sangat beli kereta, rumah. Tu antara something yang aku nak sangat beli la.

Cam haku ni dlu mmg angan-angan nak beli keta, even keta murah tapi kira da tercapai la kan nak bli keta. sayang sungguh tau kat keta aku. siap bagi nama lagi. Nama die Whity ...hehe.. sbb nama die putih2 gtu. Even, that is not my favourite colour, tapi disebabkn haku ni wanita lembut gtu. my mom said " white should be ok", hehe. follow je la kan... heheeh



Haa.....ni lah my Whity tu... comel kan... heheh.. my first asset tau.


Ni aku yang cun.. chewahhhh... hehe.. sibuk nak gambr ngan Whity gak....hehee


That is one of my dream la... kira da tercapai la on that part. 

2. X nak jobless, nak keje kat company grand2 ngan position yang masyuk la die punya gaji and benefit sume.

To get a job ( means ada keje tetap daripada aku jobless after da graduate )..kan.. my current job is auditor kat AWS (Awas).. heeheh.. actually nama  AWS ada makna die len.. Being the auditor, make me realized.. do I choose the right path? hehe.. terpikir... macam x layak sesangat la jadi auditor. susa wooooo.. jadi auditor. nama mmg buat decision je. tapi memerlukan tahap knowledge yang tinggi n meluas. for sure kena sental otak kte ngan MFRS, FRS.. n bagai2... pning la.. smpai kan aku terasa ntah2 aku sesuai jadi chef kot? atau maybe aku sesuai jadi florist yang buat nursery kan?? 


rasa aku better jadi florist muslimah la kan.. cun ckit.. deal ngan bunga( benda idup) nyawa aku lama ckit kot kn... dari audit kan cm stress kan.. agaknyerlah..

or maybe better jadi cam Jamie Oliver kan.. sape xkenal chef tu mcm lazat2 gle yang die masak kot


Jamie Oliver ni laju gle masak.. aku mmg suke makan kan.. rase jadi chef better kot kn? smbil masak smbil masak.. kan...oh... kompius..la pilihan hdup ni. huhu

3.  Nak bagi mak ayah duit gaji, settle sumer hutang sendiri. Paling penting nak bantu family, bantu adik2.

Setakat ni itu pon da settle. Alhamdulillah la... at least dapat la jugak bagi mak ayah setiap bulan walau x banyak . Ye la banyak sgt nak bayar tiap bulan.. dengan sewa bilik, duit keta sume. Tapi at least dapat la jugak bantu sikit-sikit. kan. sumer untuk mereka. like entry-entry aku sebelum ni. hehehe

4.  Nak kawin. hehe. bunyi macam gatal kan. make sure nak kawin before umo 26..mesti!!!

Tapi tu la .. aku nak sangat kawin. Bukan  gatal statement ni. Tapi aku ikhlas ni, nak sangat bina sebuah keluarga di usia masa muda ni kan. yela kate org keje da ada, umor pon da ok.. apa lagi tunggu kan. aku x nak la kawin lambat sgt. takut la. lagi dok kampung ni. tahap kebizi bodian makcik2 kampung yang tanya tu macam umo aku da masuk 40. aku baru 20 an . awl 20 an g kot. muda g kan?? cun lagi. hehehe ( perasan). Nak elak maksiat kan. x elok keluar berdua tanpa ada ikatan. Kadang kelakar, parents aku rileks je, tapi aku paling gelabah.. nak kua pon x sumer tempat aku nak kua. Time dating tu lau memang x nak g tempat tu. memang aku x kan kua keta. Aku x nak kua dating naik selain keta. No motor is allowed. Then, No touching is allowed. No taman bunga is allowed. hehe.. banyak la lagi. Hahahaha.  Hanya " special one" je tau. 

5. Nak travel. for sure dalam n luar negara. hehehehehe

Kalau nak listkan mmg terlalu banyak. sangat suke and teringin tengok negara orang. yang penting kat malaysia ni pon aku x hbs jelajah. lagi kan oversea. tapi mane tau, rezeki kan. aku harap nanti pas kawin, my hubby ley ad minat yang sama. lagi senang travel berdua kan.. ngan org yang ada ikatan. die ley jaga and protect kte. hehe. for sure, aku nak lawat tempat ni some day. InsyaALLAH.


Ni kat Holland, ladang tulips paling cantik gila aku rasa.ley gila lau aku dapat g cni. tapi lau bukan kat holland pon best. asal tulips. hehe. ladang bunga pon ok.

Banyak g tempat aku nak travel sebenarnya. hehe. nak list kan banyak sgt.. 


kamsahamida ^_^...













Tuesday, 1 October 2013

Sedih

Bila dibiar kata tak diendah

Bila dijaga kata terlalu mengongkong serabut katanya,

Bila diurus kata mengawal sangat,

Bila  diatur kata dia bukan robot,

Sebenarnya...

Apa yang dia nak..

Sdih.


Macam mana kalau aku jadi seorang yang tak mengendahkan segalanya. Lantak dengan segala apa yang berlaku. Hanya berserah segalanya. Sebab tak nak rasa sedih bila terlalu mengharap. Kecewa bila tak terjadi. Marah bila tak seperti yang dirancang.



Itukah yang kau mahu wahai adikku..

Sunday, 22 September 2013

Tiada yang sempurna.

In this world, nobody is perfect. Nobody ok! Maksudnye not even u not even me, or even anyone else. Sume orang same je, sume orang ada lebih and for sure ada kurangnya. Kadang memang kita terlalu mengejar sgt perkataan "PERFECT" tu sampai tiap hari ngok cermin dook belek muka, dok belek badan, dok termenung kenapa dia layan aku macam tu, sebab aku macam ni ke atau sebab aku macam tu ke, macam mana nak jadi mcm ape yang semua orang nak supaya dapat puaskan ati semua orang and diterima semua orang. fuhh.. letih lau tiap hari dok pikiak menda ni. (aku la tu).. Budak tadika pon bleh pikir, lau tiap2 hari spend masa kat cermin bukannya muka kita boleh berubah pon kan. ape lah. tapi tu la realiti. Kita selalu mencuba untuk jadi SEMPURNA . Walau kita sendiri tau hakikat, muka kita same je kot. impossible muka kita kat cermin tetibe berubah jadi cam seohyun ,preity zinta ke... name je pon da pretty.. untung lah...


tengok.. free style je dah cun.. lau aku wat gtu.. worse la kot.. hehe

seohyun ni cantik tol. ngok die mesti pk asal muka die xda kedut ek. licin gle.

Nak puaskan hati sume orang  pon satu hal. bab kecik ati ni aku boleh jadi champion la kiranya. Champion. Senang tol aku terasa. Senang tol aku rasa aku x layak. X layak untuk segalanya. X layak untuk jadi auditor. X layak untuk berkawan . X layak untuk bercinta. X layak untuk berada di kalangan mereka. x layak untuk jadi kakak. and everything la. tapi nak wat cane. kte kena melayakkan jugak diri kita ni. lau kita rasa takut and malu dengan diri sendiri. better x ya idup la kot. hehe. kena juga beranikan diri.

my special frend , which is dia ni yang selalu tolong aku in almost everything. kira macam tulang belakang la. bg support phsically and mentally ok. physically selalu sumbat aku ngan all my favourite food, makanan yang aku teringin nak makan,mesti dia akn tunaikan (baik kan), kalau aku stress/down ke mesti t die bwk g jenjalan and bercerita tanpa henti. hehe. (mouth service ok)., pelaburan untuk aku tu jangan cte.. byk sgt duit die guna untuk tlg aku ( x terkira rasanya), mentally tu mcm bagi kata semangat la..slalu ckp jgn give up la, u can do it la, persetankan la pe org nk ckp and die org yg xpna lari bila aku ada msala. dri jauh pon die ley datang semata nak gtau jgn give up evrything ley settle, walau apa pon.. Once, die pna gtau.. it's ok tlg orang/ family even time tu kte nga susa sbb die pcaya ALLAH tu maha adil. hari ini kita susa sbb tlg org, ada masa kita betul2 susa ALLAH anta org untuk tlg aku (mcm anta dia). sbb tu die xpna rase berat untuk tlg aku, sbb die pcya adilnya ALLAH tu.(tacink) ..


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya,
 "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim)






Monday, 16 September 2013

Jodoh

lama sgt da detik perkenalan itu
bisu aku x tau
esok atau lusa
kau tetap begitu
tulus cinta sama aku

tapi..

sampai bila
janji janji  itu
kau tabur palsu
tanpa noktah
aku gadis biasa
utuh menjaga hak diri
utuh melahirkan rasa untuk menyayangi

tapi

aku  cuma mau halal
aku cuma mau dilindungi
seorang insan
bernama suami
bukan hanya lelaki.

Thursday, 12 September 2013

" Kerana sayang aku, milik mereka"

 Orite. rini aku nak citer pasal adik beradik. maybe mmg da tertulis di azali tahap syg aku pd adik beradik aku mmg thp infiniti. syg gle kat adik2 ku especially, dri kcik mak ayah aku slalu gado. sbb nye diowg kawin bkn ats dasar "love" tp ats dasar paksaan famili. bile diowg slalu gado coz hdup ktowg agak  susa, hdup aku byk dihabiskan dngn mendidik adik2 ku supaya blaja btul2., kluar dari kepompong miskin n jadi owg yg bjaya.  tergerak ati nak tulis topik ni coz now one of my adik stay skali ngan aku kat uma sewa. da kire cm die ni under aku pnye responsbility la. nama dia Amy. die ni dgil ckit. pndiam. x byk ckp. n slalu memberontak. die ni slalu gak kne bantai ngn abg aku yg sulung n abah aku. sdih sgt bile ngok die kena pukul. for sure la aku nangis. ( aku ni gembeng). bagi aku pukul bkn caranya. bile pukul ia hanya akn mnjadikan adik aku seorg yg x byk ckp. n do something yg byk harm diri die sndiri. 


OPSS!! lupa nak citer yg aku ad 3 org adik iaitu Amy (boy), Alif and Ain. Amy ni yg degil punye adik, Alif ni yang sgt alim punye adik. kira ustaz la dlm family ( insyaALLAH), ustaz-ustaz pon kuat merajuk, terlebih sensitif and bile berkata-kata super duper menghiris kalbu lah. hehe. tp die adik yang baik. bila suruh tu mmg lambat, tp still buat. n lagi satu Ain. Ain ni mmg tersangat lah manja. super sensitif la jugak. part nangis n buat drama mmg hardworking gila. and bila disuruh mmg paling susah. part memasak no.1kacau. part nak angkat kain or lipat kain, memang paling susah la. alasan yang paling rajin die sebut ' Kejap!".. geram la jugak. meh aku tnjuk mane satu adik- adik aku tu.


ni aku n Ain yang kuat gembeng (nangis) tu...


Abg ipar(oren), Abg sulung yang sebela kanan die, Amy yang sebelah kiri dia tu, Alif yang pakai kopiah putih tu, n yang pakai spek tu my father, n yang ayu tu my mother.


 bju kaler honeydew tu my lovely sis, Kakak (sgt penyayng) da kawin dah pon tu anak die yang bju oren tu sebela ain nama dia Danish.


now, my parents da stat bercinta macam kelakar tengok diowg bercinta.. hehe. da start suka sama suka lettewww, hehe.. pepon itu wat aku happy, n one thing kalau la adik aku tau betapa sygnya aku pada diowg, mungkin diowg x kan lakukan sesuatu yang boleh melukakan ati aku. satu je harapan, aku nak diowg menjadi manusia yang berguna. especially adik-adikku lah. da diibaratkan macam anak-anak da.. hehe. ok tu je untuk entry kali ini. adios amigos! (^_^)

aku suka bunga.

bunga. aku rase x sume org suke bunga. some of them ad yg allergik bunga! ohh... shit! bg aku.. bunga tu anugerah ciptaan ALLAH yang paling indah. aku mmg suka bunga..sangat2x. n boleh kate obses la jugak.. dulu mase aku kcik, aku suke sgt tanam pokok bunga ngan embok. 'embok' tu macam nenek la.. dalam istilah jawa dpggil embok. hehe. pna skali tu ingat lagi bile aku panggil embok, lembu yang nyahut... hehe. padahal aku sbuk panggil nenek aku yang nga nyangkul nak tanam bunga. 

bile bunga yang kite tanam tu hdup segar bugar, kepuasannya ALLAH je yang tau. rasa macam kte menang award. n one thing yang aku sedar, aku start suka ckp ngan bunga. hehe. mcm gle kan. tp jadi terapi la.. bile die hdup segar, kte rase nak ckp ngan die, " tahniah awak, awak gemuk sgt.. awk sgt cantik, awk makin cantik lau awk kua kn bunga.. n blablabla.. (something like that la).. hehe.. tp menjadi! buktinya bunga tu akan hdup ngan cntiknya! hehe. puas!

 after da masuk asrama sjak form 4 pai la aku hbs degree ni.. aku da jarang sgt tanam pokok bunga. jarang sgt. start to miss that moment a lot! but, plg sdae bile embok da meninggal aku rase cm sdae bile start nak nyangkul tanah cri tanah bakar n all the process nak tanam pokok bunga la. aku rase sdae.. sbb aku teringat moment aku ngan embok. byk sgt moment ktorang bersama cangkul n bunga2.. rndu sgt kat embok, ingat lagi masa embok meninggal. waktu tu hujan lbt sgt. maybe sume pokok yang embok tanam tu sdae. after this xda yang nak menggemokkan mereka. aku da x pegang cangkul da. 

tapi perasaan nak jerit tiap kali nampk bunga tu still ada okeyh! hehe. one of bunga paling aku nak pegang adalah TULIPSSS!!! aku rase sape2 lamar aku pakai tulips mesti aku pengsan.. (mula berangan).. hehe.. ni meh kte ngok tulip pujaan aku.. hehe..

apsal kat malaysia xda.. geram sungguh!

colour macam2 kot!

 aku ley nyanyi smbil ngs kot lau kat cni... tpt impian.

cntik gle colour die...


gerenti aku say yes.. lau dpt tulip cmni.. oh no!!!!cnti gleeeeerrr...
omaigoddddddd... cntik nye !!

Monday, 9 September 2013

Bad day as usual..

Masuk hari ini ntah da hari ke berapa aku x buat keje kat opis. for sure! bosan!!! so, kpala aku ni ligat la pk.. apa nak buat.. asik2 online.dri aku buang masa cari ntah ape2. aku pon buat blog.
don wori blog aku x bosan pnye.
banyak aku nak cite.
aku mmg jnis yang suke mengelamun. 
one of the reason ofcos aku x kn rancak bebual ngn org yg aku x bpe nak ngam
dri xda topik n akward better aku silent ..
n bile aku rase cm bengang, aku akn dnga earphone ngan kuatnye..sbb x nk dnga ape2 pon yg berlaku disekeliling..
life is simple kan. just live the way u want.
be happy. and ignore yg len. so x la menyesakkan dada sgt kan?
rini first day rasminye blog.. nga cri idea ape ntok make my blog more interesting.. any idea guys??
junior ni x reti lg... bru nk merangkak katenye... hehe.